Sabtu, 1 Mei 2010

HARI KELUARGA TERBESAR UNTUK MJC

HARI KELUARGA MJC pada 20 Jun 2010 ahad pukul 8.00 pagi sampai 6.00 petang.. SEMUA jemaah MJC wajib hadirkan diri bersama keluarga. tolong bagi tau pada semua jemaah Cochrane, buat persedian cuti atau keuwangan. segala URUSAN berhubung dengan abang long masing2. > cenderahati : cabutan betuah, hadiah sukan keluarga dan... lain-lain yang lebih menarit. ( cadangan tempat : kawasan air terjun Ulu Yam )
> Cadangan oleh abang-abang long dalam mesyuarat pada 4 april 2010. setuju sebulat suara. untuk merapatkan lagi hubungan dan ukhuwah dalam jemaah.
SEMUA JEMAAH MJC DI SELURUH NEGERI, KEDAH, KELANTAN, PERAK, PAHANG, PENANG, SELANGOR , WILAYAH PERSEKUTUAN, MELAKA DAN JOHOR. Semua wajib turut serta. sila hubungi saya " ABANG E "
KAWASAN PERANGINAN ULU YAM BERDEKATAN EMPANGAN BATU

Selasa, 16 Mac 2010

Perkahwinan Jemaah di Terengganu


 AYAHANDA di wakilkan menjemput Jemaah yang tinggal di Terengganu hadir di majlis perkahwinan anak jemaah MJC Noreha bt Mohamad Nawi pasangan Azman Abdullah ( Noreha adalah kakak kepada Kimi adik di bawah Abang Long Zahir MJC ) Abang Long Zahir akan hadir pada majlis tersebut pada 14 mac 2010 Ahad bertempat Lot. 5332 Kampung Bharu Serada 20050 Kuala Terengganu.
buat pengantin kami Jumaah MJC mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Suasana ini adalah pengantin lelaki di Masjid Mustaqin untuk upacara AKAD NIKAH.Pengantin lelaki dengan melafazkan hanya sekali dan suasana di Terengganu sungguh meriah.Perkahwinan MAN & NOR ramai di datangi oleh saudara-saudara,jiran-jiran dan lain-lain untuk memeriahkan majlis perkahwinan antara MAN dan NOR.
 

Gambar ini ialah Hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan.Hantaran yang berwarna keemasan itu adalah Hantaran dari pihak perempuan dan Hantaran berwarna merah jambu(pink) adalah pihak lelaki.Hantaran-hantaran nya seperti kek,buah-buahan,al-QURAN,minyak wangi,baju,kasut dan lain-lain lagi...
 



Gambar ini ialah suasana ADIK BERADIK JEMAAH COCHRANE menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk di iringi dengan pukulan kompang.Kompang ini diketuai oleh Abg Chik Yusra bersama adik-adik nya iaitu Izwan,Mahzuz,Hakimi,Aiman,dan Muhamad Alif. (Noreha adalah kakak kepada Kimi adik di bawah Abang Long Zahir MJC )Kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU DAN KEKAL KE ANAK CUCU.

Ahad, 7 Februari 2010

Majlis Perkahwinan Nana Di Puchong

6 Feb 2010 sabtu, majlis perkahwinan Anakanda Nana di Puchung Permai sungguh meriah dengan kehadiran Ayahanda dan jemaah-jemaah, Abang Long E, Abang Long Yasir, Abang Zahir, Abang Long Amran , abang Ngah Rahim , Abang Ngah Mie dan adik-adik jemaah Cochrane. kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Nana dan suami semoga di murahkan rezeki, hidup bahagia selamanya hingga ke akhir hayat.. 
 
Gambar ini selesai menjamu selera dan menunggu ketibaan pengantin lelaki.Ayah,abg2 dan adik2 cochrane turut memeriahkan majlis tersebut.Ramai yang hadir pada majlis perkahwinan iwan dan nana pada hari tersebut.

 
 Gambar ini ialah sekumpulan pahlawan-pahlawan di bawah bimbingan Abg Long Amran.Pahlawan-pahlawan ini akan mempersembahkan silat untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.Gambar ini adalah pahlawan-pahlawan sedang bersiap sedia untuk mempersembahkan silat kepada pengantin.

  
Gambar ini ialah pahlawan-pahlawan sedang mempersembahkan gerak-Seni silat kepada pengantin.Persembahan mereka amat lincah dan padat dan di kalangan mereka yang membuat persembahan satu lawan satu.Persembahan ini akan membuat pengantin akan lebih teruja atas persembahan silat yang dipersembahkan.
 
 
Gambar ini ialah semasa kami semua hendak pulang dan ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA IWAN DAN NANA,SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT,SELAMAT BERBAHAGIA SAMPAI KE ANAK CUCU.

ASSALAMUALAIKUM...


Khamis, 21 Januari 2010

KONVOI KE TERENGGANU

Kami tiba di Terengganu tepat jam 4.00 petang.Kami menaikkan 3 biji motor dan pergi ke rumah saudara Hakimi .Saya alif,mahzuz,hakimi dan azwan(jambu)



Banyak tempat kami pergi untuk manambah ilmu di dada yang masih kurang lagi.Contoh tempat yang kami kunjungi dan lawati ialah MASJID KRISTAL.Masjid tersebut dikatakan kiblat nya lari 90 darjah daripada kiblat yang sebenarnya.Tapi ramai yang tidak ketahui  nya.Adakah rahsia ini sengaja dirahsia kepada rakyat malaysia atau sengaja mahu sesat kan umat islam???Jawapan nya ada pada siapa???persoalan nya.



Ini la Masjid Kristal yang sempat kami ambil...jadi kepada siapakah yang harus kita salahkan..saya melihat kebanyakan nya umat islam solat di masjid ini,termasuk la imam dan bilal yang ada di dalam masjid tersebut.Harap-harap kepada pihak yang berkenanan dapat membetulkan kemelut yang di sedang berlaku di terengganu.



Tetapi saya amat merasa bangga kerana Terengganu makanan nya cukup PERGGGHHH...!!!Boleh dikata kan makanan di terengganu sedap dan lazat.Kepada siapa yang berminat untuk kunjungi ke Terengganu darul Iman anda semua tidak akan merasai rugi.InsyaALLAH saya harap kemelut yang saya ajukan dapat kita mengambil tindakan yang sewajarnya.