Selasa, 16 Mac 2010

Perkahwinan Jemaah di Terengganu


 AYAHANDA di wakilkan menjemput Jemaah yang tinggal di Terengganu hadir di majlis perkahwinan anak jemaah MJC Noreha bt Mohamad Nawi pasangan Azman Abdullah ( Noreha adalah kakak kepada Kimi adik di bawah Abang Long Zahir MJC ) Abang Long Zahir akan hadir pada majlis tersebut pada 14 mac 2010 Ahad bertempat Lot. 5332 Kampung Bharu Serada 20050 Kuala Terengganu.
buat pengantin kami Jumaah MJC mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Suasana ini adalah pengantin lelaki di Masjid Mustaqin untuk upacara AKAD NIKAH.Pengantin lelaki dengan melafazkan hanya sekali dan suasana di Terengganu sungguh meriah.Perkahwinan MAN & NOR ramai di datangi oleh saudara-saudara,jiran-jiran dan lain-lain untuk memeriahkan majlis perkahwinan antara MAN dan NOR.
 

Gambar ini ialah Hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan.Hantaran yang berwarna keemasan itu adalah Hantaran dari pihak perempuan dan Hantaran berwarna merah jambu(pink) adalah pihak lelaki.Hantaran-hantaran nya seperti kek,buah-buahan,al-QURAN,minyak wangi,baju,kasut dan lain-lain lagi...
 



Gambar ini ialah suasana ADIK BERADIK JEMAAH COCHRANE menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk di iringi dengan pukulan kompang.Kompang ini diketuai oleh Abg Chik Yusra bersama adik-adik nya iaitu Izwan,Mahzuz,Hakimi,Aiman,dan Muhamad Alif. (Noreha adalah kakak kepada Kimi adik di bawah Abang Long Zahir MJC )Kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU DAN KEKAL KE ANAK CUCU.