Ahad, 7 Februari 2010

Majlis Perkahwinan Nana Di Puchong

6 Feb 2010 sabtu, majlis perkahwinan Anakanda Nana di Puchung Permai sungguh meriah dengan kehadiran Ayahanda dan jemaah-jemaah, Abang Long E, Abang Long Yasir, Abang Zahir, Abang Long Amran , abang Ngah Rahim , Abang Ngah Mie dan adik-adik jemaah Cochrane. kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Nana dan suami semoga di murahkan rezeki, hidup bahagia selamanya hingga ke akhir hayat.. 
 
Gambar ini selesai menjamu selera dan menunggu ketibaan pengantin lelaki.Ayah,abg2 dan adik2 cochrane turut memeriahkan majlis tersebut.Ramai yang hadir pada majlis perkahwinan iwan dan nana pada hari tersebut.

 
 Gambar ini ialah sekumpulan pahlawan-pahlawan di bawah bimbingan Abg Long Amran.Pahlawan-pahlawan ini akan mempersembahkan silat untuk memeriahkan suasana pada hari tersebut.Gambar ini adalah pahlawan-pahlawan sedang bersiap sedia untuk mempersembahkan silat kepada pengantin.

  
Gambar ini ialah pahlawan-pahlawan sedang mempersembahkan gerak-Seni silat kepada pengantin.Persembahan mereka amat lincah dan padat dan di kalangan mereka yang membuat persembahan satu lawan satu.Persembahan ini akan membuat pengantin akan lebih teruja atas persembahan silat yang dipersembahkan.
 
 
Gambar ini ialah semasa kami semua hendak pulang dan ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA IWAN DAN NANA,SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT,SELAMAT BERBAHAGIA SAMPAI KE ANAK CUCU.

ASSALAMUALAIKUM...